Tag Archives: sultan kedah mangkat 2017

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Mangkat

slkd1Alfatihah. Pada hari ini tanggal 11 September 2017 kita dikejutkan dengan berita kemangkatan Sultan Kedah, KDYMM Tuanku Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah jam 2:30 petang tadi di Istana Anak Bukit.

Baginda mangkat pada usia 90 tahun. Baginda merupakan Sultan yang satu-satunya pernah menjadi Agung sebanyak dua kali.

Baginda mempunyai 3 adik beradik  iaitu Tunku Annuar, Tunku Mahmud Sallehuddin, Tunku Abdullah Thani Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Puteri-puterinya pula ialah Tunku Soraya, Tunku Sarina, Tunku Intan Safinaz.

Baginda tidak dikurniakan anak lelaki. Saya sebagai individu yang menetap di negeri Kedah Darul Aman juga berdukacita atas pemergian seorang Sultan yang disenangi rakyat. Semoga baginda ditempatkan bersama orang-orang beriman.