Category Archives: Motivation

Penghargaan Yang Tak Kesampaian

the-life-givers

Ramai antara kita pernah gagal. Gagal dalam pelajaran, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam kekeluargaan dan seumpamanya. Lantaran kegagalan itu manusia sering berubah perwatakan dengan harapan kita dapat melupakan kenangan pahit kegagalan untuk mencipta sebuah kebahagiaan yang mendatang. Benar, perkara itu amat pasti berlaku kerana sifat manusia itu sendiri yang tidak suka akan kegagalan atau apa jua keburukan.

Jika anda seorang yang sering gagal, pernah gagal, selalu gagal, kecundang, dan apa jua definisi yang sama terhadapnya, sekalung tahniah ke atas diri anda kerana masih berjaya membaca artikel ini hingga saat ini. Artikel ini untuk orang yang gagal seperti anda dan saya kerana saya juga selalu gagal dalam hidup. Jack Ma, seorang ahli perniagaan dari China yang kaya raya itu juga pernah gagal dalam hidup.

Saya suka sekali menjadikan beliau sebagai cerita kehidupan yang boleh membakar semangat saya untuk terus mencari kejayaan. Tidak lupa juga kepada watak Zainuddin yang diceritakan oleh Buya Hamka dalam novel karangan beliau Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Ada dua kunci yang membuat ramai orang gagal dan kecundang. Dari kaya jatuh miskin, dari miskin jatuh fakir, dan dari fakir menjadi gila. Dari si gila menjadi seorang yang mati dalam hidup. Dua kunci tersebut adalah Wang dan Wanita.