Blog dan Google AdSense USA

logo_131-268x300Assalamualaikum dan hai semua. Apa khabar? Terima kasih atas kunjungan kalian. Kali ini saya tergerak hati untuk berkongsi mengenai satu pogram pengiklanan yang sangat berjasa dan digemari oleh setiap blogger di dunia iaitu Google Adsense. Jika anda pertama kali mendengar tentang ini, tahniah anda adalah orang yang layak untuk berjaya menjana keuntungan dengan menulis blog. Saya anggap anda semua sudah faham apakah itu Google Adsense dan bagi mereka yang masih kurang faham, boleh search di Google ataupun tinggalkan komentar anda dibawah artikel. Apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini berkenaan akaun Adsense Non Hosted.

Sudah diketahui umum, permohonan akaun Google Adsense Non Hosted dimana akaun jenis ini boleh digunakan dimana-mana platform blog seperti wordpress dan lainnya semakin sukar bukan sahaja di Malaysia malah dinegara lain juga, maka tidak hairan mengapa kini tidak sedikit yang memilih untuk mendapatkan akaun Google Adsense USA (Satu akaun khas untuk rakyat atau orang yang tinggal di USA). Tidak seperti akaun Adsense Hosted yang lebih mudah untuk didaftarkan namun terhad penggunaan nya pada YouTube dan Blogspot.

Ada sesetengah blogger kata CPC dari akaun jenis ini lebih tinggi. Tapi menurut saya ianya sama sahaja selagi targetted traffic kita adalah dari Malaysia. Namun, jika tragetted traffic kita adalah dari USA itu saya amat pasti mempunyai CPC yang amat tinggi. Ini berdasarkan apa yang pernah saya sendiri alami.Sebenarnya sudah lama saya tidak bermain dengan Adsense ini. Saya harap saya akan lebih fokus untuk menulis blog dan bermain Adsense selepas ini sementara saya mendapatkan pekerjaan tetap setelah menamatkan pengajian saya pada bulan hadapan (Oktober 2017). Berbalik kepada Adsense, saya tidak nafikan ramai antara kita yang selalu gagal mendapatkan akaun Google Adsense lokal (Malaysia). Lantaran itu ramai juga yang beralih untuk menggunakan Adsense USA kerana ianya mudah diterima.

Hanya menuruti sahaja apa yang telah Google inginkan sebelum mendaftar Adsense maka anda insyaAllah akan diterima. Ramai juga yang putus asa lantas mereka beralih angin dari menjadi blogger kepada vlogger dengan memuat video menarik di YouTube dan mendapatkan hasil dari pengiklanan Adsense Hosted (Jenis akaun Hosted YouTube) dan mereka juga berjaya menjana penghasilan yang agak lumayan disana.

ss1

 

Pokok pangkalnya adalah usaha. Kisah kejayaan ini mempunyai banyak jalan dan tidak terhad kepada satu jalan sahaja. Akaun Adsense Non Hosted lokal saya juga pernah dibanned pada tahun 2016 gara-gara saya terlalu rajin mengubah kod iklan agar saya mampu mendapatkan CPC yang tinggi. Akhirnya saya akur, kebijaksanaan Google tidak boleh dicabar. Dalam keghairahan kita mendapatkan faedah dari penulisan kita, ingat kembali pada saat pertama kita menulis blog adalah untuk apa? Menulislah dengan ikhlas, nanti rezeki tuhan yang luas itu pasti jatuh padamu.

Saya sendiri sudah aktif bermain Adsense sewaktu tingkatan lima lagi dan saya daftar akaun tersebut melalui third party Indyarocks namun sayangnya kini Google tidak membenarkan lagi publishernya untuk mendapatkan akaun dari third party. Gambar cek pertama dari Google Adsense masih saya simpan sebagai kenangan dan peringatan betapagembiranya saya pada ketika itu sewaktu tamat SPM menerima sejumlah wang yang agak besar pada zaman itu. Terbukti Google Adsense adalah lubuk emas buat blogger seluruh dunia dan saya percaya setiap blogger mengimpikan untuk memiliki pendapatan dari Google Adsense.

Baiklah tamat disini artikel tentang Adsense kali ini. Berjumpa lagi dalam artikel tentang Adsense di lain hari ya. Tunggu ya! Semoga bermanfaat. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *