Monthly Archives: September 2017

Penghargaan Yang Tak Kesampaian

the-life-givers

Ramai antara kita pernah gagal. Gagal dalam pelajaran, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam kekeluargaan dan seumpamanya. Lantaran kegagalan itu manusia sering berubah perwatakan dengan harapan kita dapat melupakan kenangan pahit kegagalan untuk mencipta sebuah kebahagiaan yang mendatang. Benar, perkara itu amat pasti berlaku kerana sifat manusia itu sendiri yang tidak suka akan kegagalan atau apa jua keburukan.

Jika anda seorang yang sering gagal, pernah gagal, selalu gagal, kecundang, dan apa jua definisi yang sama terhadapnya, sekalung tahniah ke atas diri anda kerana masih berjaya membaca artikel ini hingga saat ini. Artikel ini untuk orang yang gagal seperti anda dan saya kerana saya juga selalu gagal dalam hidup. Jack Ma, seorang ahli perniagaan dari China yang kaya raya itu juga pernah gagal dalam hidup.

Saya suka sekali menjadikan beliau sebagai cerita kehidupan yang boleh membakar semangat saya untuk terus mencari kejayaan. Tidak lupa juga kepada watak Zainuddin yang diceritakan oleh Buya Hamka dalam novel karangan beliau Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Ada dua kunci yang membuat ramai orang gagal dan kecundang. Dari kaya jatuh miskin, dari miskin jatuh fakir, dan dari fakir menjadi gila. Dari si gila menjadi seorang yang mati dalam hidup. Dua kunci tersebut adalah Wang dan Wanita. 

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Mangkat

slkd1Alfatihah. Pada hari ini tanggal 11 September 2017 kita dikejutkan dengan berita kemangkatan Sultan Kedah, KDYMM Tuanku Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah jam 2:30 petang tadi di Istana Anak Bukit.

Baginda mangkat pada usia 90 tahun. Baginda merupakan Sultan yang satu-satunya pernah menjadi Agung sebanyak dua kali.

Baginda mempunyai 3 adik beradik  iaitu Tunku Annuar, Tunku Mahmud Sallehuddin, Tunku Abdullah Thani Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Puteri-puterinya pula ialah Tunku Soraya, Tunku Sarina, Tunku Intan Safinaz.

Baginda tidak dikurniakan anak lelaki. Saya sebagai individu yang menetap di negeri Kedah Darul Aman juga berdukacita atas pemergian seorang Sultan yang disenangi rakyat. Semoga baginda ditempatkan bersama orang-orang beriman.

 

Servis Akaun Google AdSense Non Hosted Malaysia

welcomescreen-768x453
Apa khabar pembaca semua? Terima kasih sudi singgah di artikel saya ini. Artikel saya kali ini ingin membuka perkhidmatan untuk mendapatkan akaun Google Adsense Non Hosted Malaysia. Pasti semua blogger mempunyai hasrat untuk menayangkan iklan google di blog/website masing-masing bukan? Sesetengah orang berpendapat ianya sebagai pendorong untuk anda menulis lebih baik lagi disamping mendapat faedah dari program pengiklanan Google yang dibayar dalam USD. Akibat kesukaran itu ramai yang beralih kepada akaun Google Adsense USA. Namun ianya agak rumit juga kerana anda memerlukan SSN ID/Kad Pengenalan orang Amerika Syarikat untuk verifikasi akaun tersebut. Selalunya semua ini dibuat menggunakan perkhidmatan/jasa orang lain yang mempunyai saudara di USA.

accinfo-768x199

Tawaran ini dibuka kepada blogger yang sudah banyak kali memohon Adsense namun sering ditolak permohonannya tanpa alasan yang jelas, dan disini saya ingin membantu anda untuk mendapatkan. Akaun adalah jenis Full Approve (bukan akaun bug) dan tempoh kelulusan mengambil waktu sekitar satu hingga dua minggu. Akaun adalah menggunakan alamat Malaysia dan saya akan guide anda semua untuk mengubah data di dalam akaun tersebut supaya tidak dibanned.

Sila isi borang dibawah dan saya akan balas melalui emel secepat mungkin. Tinggalkan juga no telefon anda untuk saya hubungi. Akaun Google Adsense USA juga akan saya buat jika ada permintaan.Terima kasih.



Blog dan Google AdSense USA

logo_131-268x300Assalamualaikum dan hai semua. Apa khabar? Terima kasih atas kunjungan kalian. Kali ini saya tergerak hati untuk berkongsi mengenai satu pogram pengiklanan yang sangat berjasa dan digemari oleh setiap blogger di dunia iaitu Google Adsense. Jika anda pertama kali mendengar tentang ini, tahniah anda adalah orang yang layak untuk berjaya menjana keuntungan dengan menulis blog. Saya anggap anda semua sudah faham apakah itu Google Adsense dan bagi mereka yang masih kurang faham, boleh search di Google ataupun tinggalkan komentar anda dibawah artikel. Apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini berkenaan akaun Adsense Non Hosted.

Sudah diketahui umum, permohonan akaun Google Adsense Non Hosted dimana akaun jenis ini boleh digunakan dimana-mana platform blog seperti wordpress dan lainnya semakin sukar bukan sahaja di Malaysia malah dinegara lain juga, maka tidak hairan mengapa kini tidak sedikit yang memilih untuk mendapatkan akaun Google Adsense USA (Satu akaun khas untuk rakyat atau orang yang tinggal di USA). Tidak seperti akaun Adsense Hosted yang lebih mudah untuk didaftarkan namun terhad penggunaan nya pada YouTube dan Blogspot.

Ada sesetengah blogger kata CPC dari akaun jenis ini lebih tinggi. Tapi menurut saya ianya sama sahaja selagi targetted traffic kita adalah dari Malaysia. Namun, jika tragetted traffic kita adalah dari USA itu saya amat pasti mempunyai CPC yang amat tinggi. Ini berdasarkan apa yang pernah saya sendiri alami.

Nikmat Menulis Yang Hilang

book-731199Assalamualaikum dan hai semua. Apa khabar? Terima kasih atas kunjungan anda semua. Semua orang pasti mempunyai sesuatu hobi atau apa saja perbuatan yang akan dilakukan disaat kita ditimpa masalah, dirudung malang, sedih gembira dan sewaktu dengannya bukan? Begitu juga saya.

Namun apa yang membezakan setiap orang dari kita adalah perbuatan apa yang dilakukan.

Ada orang menulis diari, menulis puisi, mengarang di facebook, twitter dan seumpamanya. Dan suatu ketika dahulu saya gemar menulis di atas kertas. Namun disebabkan ianya sehelai kertas atau buku, ianya mudah hilang dan rosak. Situasinya berubah bila saya berjinak dengan dunia blog sekitar tahun 2009 dahulu sewaktu di tingkatan 4.

Menulis di blog pada waktu itu amat menarik kerana dirumah keluarga saya baru mendapat capaian internet. Pada awalnya saya hanya menulis untuk diri saya sendiri, berkenaan perasaan, suasana dan orang sekeliling saya yang saya perhatikan. Hari demi hari tahun silih berganti saya mula aktif menulis secara umum sebagai parttime blogger. Malah saya mendapat sedikit habuan dari penulisan saya dengan menjual cerpen, ebook serta pengiklanan dalam blog peribadi saya sendiri.